Search
Close this search box.
Mangsa kebakaran seolah tidak percaya kediaman yang didiami mereka sejak berpuluh tahun lalu musnah dijilat api sekelip mata. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Penghulu sedih lihat rumah musnah dijilat api

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 5 Jan: Mangsa kebakaran di Kampung Bintawa Hilir di sini tidak dapat menahan kesedihan apabila rumah yang didiami mereka sejak berpuluh tahun dahulu musnah dijilat api awal pagi Jumaat.

Penghulunya, Lahan Sabu berkata, kebakaran yang berlaku pada jam 1.20 pagi itu telah meranapkan kira-kira tujuh buah rumah musnah keseluruhannya.

“Betapa cemasnya (kami kerana) kebakaran yang berlaku sekelip mata telah meranapkan tujuh buah rumah sekali gus menjadikan kami sehelai sepinggang.

“Alhamdulilah dari segi bantuan ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ada sahaja bantuan yang diterima,”  katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Sementara itu berkongsi lebih lanjut mengenai tragedi pahit itu, Fazialah Kamarozaman menyifatkan kejadian itu merupakan ujian terbesar yang pernah dihadapinya.

“Sebaik saya mendengar ada jeritan daripada saudara saya bahawa ada kebakaran berlaku, saya terus bawa anak dan isteri saya untuk keluar dari rumah, saya selamatkan mereka terlebih dahulu,” kata Fazialah.

Dalam pada itu, salah seorang penduduk, Nur Sabrina Nazira Jaman Pula berkata ketika kejadian itu dia sedang tidur lantas terbangun mendengar jeritan penduduk kampung.

“Saya terus bangunkan ibu saya dan menyelamatkan apa yang perlu.

“Antaranya dokumen yang penting seperti kad pengenalan dan kenderaan,” ujarnya.

Kebakaran awal pagi tadi itu turut menyaksikan sebanyak sembilan buah rumah terbakar, iaitu tujuh daripadanya musnah seratus peratus.

Bagaimanapun kesemua 44 orang penghuni dilaporkan selamat daripada sebarang kecederaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan