Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki yang ditemukan di kawasan semak Kampung Selang Laut, Kuching pada Isnin lalu dipercayai mangsa serangan binatang buas. Foto PDRM

Mayat lelaki dalam semak dipercayai mangsa serangan binatang buas

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Jan: Mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemukan di kawasan semak Kampung Selang Laut, Telaga Air pada Isnin lalu dipercayai mangsa serangan binatang buas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, hasil siasatan mendapati terdapat bekas kesan gigitan binatang liar di tangan mangsa.

“Apabila kita melihat keadaan mayat, ada kesan gigitan binatang liar. Kita dapati keadaan tangan mangsa telah putus dan mempunyai bekas gigitan haiwan.

“Kita percaya gigitan tersebut mungkin datang daripada binatang buas di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mancha berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat mangsa dengan menyifatkan insiden itu tidak melibatkan unsur jenayah.

Isnin lalu, mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terlentang di kawasan semak di Kampung Selang Laut, Telaga Air.

Lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia dua hari sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan