Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

Insiden tembak: Warga Sibu tidak perlu khuatir, keadaan terkawal

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Jan: Warga Sibu tidak perlu khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman di daerah itu susulan daripada insiden tembak di sebuah restoran di Sibu baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, setakat ini situasi semasa secara keseluruhannya berada dalam keadaan terkawal.

“Polis sedang berusaha dengan lebih giat mengesan rangkaian yang terlibat dengan kes ini.

“Saya nasihatkan tidak perlu risau kerana keselamatan di Sibu dan Sarawak masih terkawal,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Mancha berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing yang membuat gesaan agar pihak polis meningkatkan usaha bagi mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang.

Sementara itu, mengulas mengenai sama ada insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan persaingan kumpulan jenayah, Mancha berkata perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

Pada Isnin lepas, warga Sibu dikejutkan dengan insiden dua lelaki melepaskan tembakan sehingga mencederakan tiga individu di Jalan King Huo.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili memaklumkan satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengenal pasti motif insiden berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan