Search
Close this search box.
Anggota bomba memastikan api dipadam sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir, pagi tadi. Foto JPBM

44 penghuni selamat, sembilan rumah terbakar

ByDayu Adruce

KUCHING, 5 Jan: Sembilan rumah terbakar dalam kejadian di Lorong 13, Kampung Bintawa Hilir pagi tadi

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, dalam kejadian kira-kira pada 1.30 pagi itu tujuh rumah musnah sepenuhnya, sementara dua rumah lagi terbakar kira-kira 30 peratus.

Semua 44 orang penghuni selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian serta dibantu BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan.

“Komander operasi melaporkan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba serta sumber air terbuka iaitu dari air sungai berhampiran dan bantuan dari jentera tangki air,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, kebakaran berjaya dikawal pada 2.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada 6.20 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan