Search
Close this search box.
Wanita berusia 49 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah. Foto hiasan Envato

Pemilik kedai aksesori telefon mati ditikam pekerja

IPOH, 4 Jan: Seorang pengusaha kedai aksesori telefon bimbit maut, manakala teman lelakinya cedera parah selepas ditikam oleh pekerjanya dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, mangsa wanita berusia 49 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian pergaduhan antara individu terbabit dipercayai tercetus akibat perselisihan faham mengenai isu kewangan antara pekerja berusia 54 tahun itu dengan mangsa.

“Wanita itu dipercayai ditikam pekerjanya dengan senjata tajam, manakala saksi yang juga mangsa kedua berusia 42 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

“Polis juga menahan suspek yang turut mengalami kecederaan sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau tersebut akan direman di Mahkamah Majistret Ipoh esok bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan