Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Fahmi Fadzil bersama Ronnie Teo pada HAWANA 2023 di Ipoh.

KDJA alu-alukan penganjuran HAWANA 2024 di Sarawak

KUCHING, 4 Jan: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) mengalu-alukan berita Sarawak dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.

Menurut Presiden KDJA Ronnie Teo, idea ini mula dicetuskan KDJA ketika menghadiri HAWANA 2023 di Ipoh pada tahun lepas.

“Persatuan kami, melalui Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) menghantar delegasi wakil media dari Sarawak untuk menyertai HAWANA 2023.

“Sepanjang pengalaman kami di sana, kami percaya Sarawak berpotensi menjadi tuan rumah bagi salah satu edisinya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong agar acara ini dianjurkan di Sarawak.

“Kami gembira kerana kami kini berpeluang untuk menunjukkan yang terbaik menerusi penganjuran acara ini,” ujarnya.

HAWANA dianjurkan pertama kali pada 2018 di Kuala Lumpur disusuli Melaka pada 2022 dan tahun lepas di Perak.

Acara tersebut merupakan platform untuk pengamal media berkumpul dan membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi industri.

“Kami berharap dapat terlibat dalam perancangan dan penganjuran HAWANA 2024 dan kami mempunyai beberapa cadangan tentang cara meraikan usaha gigih warga media tempatan,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sambutan berkenaan akan diadakan pada 27 Mei ini.

Menurutnya, sambutan ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan