Search
Close this search box.
Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua,kiri) ketika melawat ibu mangsa letupan serpihan bunga api, Milikiyah Fajar, 64, (kiri) di Pangsapuri Seri Perindu, Cheras hari ini. Foto Bernama

Dr Wan Azizah sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa letupan bunga api

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga dua beradik mangsa letupan bunga api di bahagian bumbung sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Isnin lepas.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, menyampaikan sumbangan wang tunai di kediaman waris mangsa di Pangsapuri Seri Perindu, Cheras di sini.

“Kita akan tolong apa yang boleh. (Selain sumbangan wang tunai), kita juga bagi bantuan makanan untuk ahli keluarga mangsa selain akan cuba permudahkan urusan persekolahan anak-anak (mangsa),” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa.

Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Zon Bandar Tun Razak turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berharap semua pihak mengambil iktibar daripada tragedi itu dengan mengenal pasti bahaya serta risiko melibatkan bahan membakar seperti bunga api.

Dalam insiden Isnin lepas, Muhd Helmi Zulkifli, 40, maut manakala adiknya, Muhammad Pahzdlei Zulkifli, 39, cedera akibat terkena serpihan bunga api yang meletup di bahagian bumbung bangunan tempat letak kenderaan sebuah hotel di Port Dickson.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKPNS) semalam memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakannya sedang menyiapkan pemasangan bunga api bagi sambutan ambang tahun baharu di hotel terbabit sebelum ia meletup secara tiba-tiba pada 11.50 pagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan