Ahmad Hata dilantik Naib Canselor UNIMAS yang baharu

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dilantik sebagai Naib Canselor UNIMAS yang baharu berkuat kuasa 8 Jan ini.

Wan Junaidi akan adakan kunjungan hormat ke atas Speaker Parlimen Uganda sempena CSPOC

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Parlimen Uganda Anita Ammet Among hari ini, sempena penyertaan beliau ke persidangan kali ke-27 Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth (CSPOC) di Kampala, Uganda, yang berlangsung hingga 6 Jan ini.

Amaran penyakit Legionnaires dikeluarkan di Sydney

SYDNEY, 3 Jan: Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) Australia pada Rabu menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan CBD Sydney sejak 10 hari lalu supaya berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires, lapor Xinhua.