Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

‘Langkah Dubai’ tidak beri kesan kepada pentadbiran – PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 2 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau maklum mengenai ‘Langkah Dubai’, namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan pimpinannya sekarang adalah soal kerja dalam membangunkan negara dan menjaga rakyat.

“Saya baca mengenai Langkah Dubai, tapi bagi saya kita tumpu soal kerja. Itu kerja mereka bagi saya tidak mengesankan.

“Yang penting, kita dah mula 2 Januari melancarkan satu program penting (Pangkalan Data Utama – PADU) bagi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis peluncuran PADU di sini hari ini.

Sabtu lepas Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan