Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Tebingan Kuching malam tadi. Foto Fiqri Razak & Syahkinin (TVS)

Kestabilan politik asas Sarawak capai kejayaan pada 2023 – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Jan: Kestabilan politik Sarawak dan sokongan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membawa kepada pencapaian luar biasa bagi kerajaan negeri sepanjang 2023, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, kestabilan politik di negeri ini membolehkan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan yang sekali gus berjaya menjana hasil pendapatan lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Selain kita dapat melihat kestabilan politik dan kestabilan pentadbiran, kita juga dapat melihat pengurusan kewangan yang begitu baik sekali.

“Apabila saya menyemak jumlah pendapatan pada tahun-tahun sebelum ini, belum pernah Sarawak mendapat pulangan pelaburan yang begitu besar sekali seperti apa yang kita rekodkan pada 2023,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 di Tebingan Kuching malam tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berharap kewangan negeri akan terus berkembang pada 2024.

Untuk rekod, Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri ini – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan