Search
Close this search box.

Lelaki maut, kereta bertembung pikap di Kanowit

KANOWIT, 30 Dis: Seorang maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan dua buah kereta bertembung berhampiran Jambatan Sungai Poi di sini, pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Jimmy Danggang, 51, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penolong Penguasa Kanan (PPgB) Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.42 petang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, bomba mengesahkan kemalangan itu melibatkan dua kenderaan Mitsubishi Triton dan sebuah Proton Ertiga.

“Akibat impak pertembungan itu, Proton Ertiga yang dipandu mangsa terbabas ke dalam parit berhampiran Jambatan Sungai Poi, Kanowit,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, pemandu pikap berkenaan berusia 48 tahun hanya mengalami kecederaan di lutut.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”jelasnya.

Anggota bomba kemudian memastikan keadaan di lokasi terkawal sebelum menamatkan operasi mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan (DSP) Tega Bilong ketika dihubungi mengesahkan satu laporan mengenai kejadian telah diterima pihaknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan