Search
Close this search box.
John Ilus menyerahkan sumbangan UNIFOR kepada wakil lembaga pengurusan SK St Patrick Tangga dan SK St Henry Selabi di Serian, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Semuja

Dua sekolah mubaligh terima peruntukan RM128,000 daripada UNIFOR

ByNadhir Azfar

SERIAN, 30 Dis: Dua sekolah mubaligh di sini menerima peruntukan dana RM128,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata dana ini akan digunakan bagi menaik taraf dan membiayai kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Tangga dan SK St Henry Selabi.

“Penambahan peruntukan untuk UNIFOR dari RM100 juta pada tahun ini kepada RM110 juta pada tahun depan menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan dana kepada wakil-wakil lembaga pengurusan sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan terhadap badan-badan dan institusi keagamaan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan