Search
Close this search box.
Ditawarkan keuntungan sehingga 350 peratus menerusi pelaburan tidak wujud, seorang kerani wanita di Sibu lesap RM240,000.

Chow Yin Mei perdaya seorang kerani, rugi RM240,000 pelaburan tidak wujud

KUCHING, 30 Dis: Ditawarkan keuntungan sehingga 350 peratus menerusi pelaburan tidak wujud, seorang kerani wanita di Sibu lesap RM240,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata kerani di sebuauh syarikat swasta berumur awal 50-an itu terpedaya dengan pulangan lumayan ditawar suspek dikenali sebagai Chow Yin Mei menerusi WhatsApp pada 28 Disember.

“Chow Yin Mei mempromosikan pelaburan saham melalui aplikasi ‘ftse vip’ sebelum suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi tersebut melalui telefon pada hujung November yang lalu.

“Suspek kemudian memberi penerangan tentang pakej pelaburan yang ditawarkan serta keuntungan 200 hingga 350 peratus mengikut pakej pelaburan kepada mangsa sehingga menyebabkan mangsa tertarik membuat pelaburan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mancha menjelaskan lanjut, mangsa kemudian membuat pelaburan dengan melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian kepada tiga akaun bank atas nama syarikat berlainan pada penghujung November hingga hujung Disember.

Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak memperolehi apa-apa keuntungan daripada pelaburan seperti dijanjikan yang kemudiannya membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan