Search
Close this search box.
Inisiatif pendidikan percuma yang bakal dilaksanakan di institusi pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak pada 2026 dijangka menyaksikan peningkatan mendadak kemasukan para pelajar. Foto hiasan Envato

Pendidikan tinggi percuma di Sarawak dijangka tingkat kemasukan pelajar

KUCHING, 28 Dis: Inisiatif pendidikan percuma yang bakal dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan Sarawak pada 2026 dijangka menyaksikan peningkatan mendadak kemasukan para pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee yang berkata demikian menambah, inisiatif ini bakal memberi impak positif kepada para pelajar di Sarawak.

Menurutnya, inisiatif ini membabitkan IPT milik kerajaan negeri seperti Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak, i-CATS University College dan Center for Technology Excellence Sarawak (Centex).

“Tidak ada sebuah negeri lain melaksanakannya dan saya rasa ini merupakan cabaran kepada negara dan juga kepada negeri-negeri lain untuk melaksanakan inisiatif memberi pendidikan tertiari secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program bual bicara Dialog TVS bertajuk Dasar Pendidikan Sarawak Seiring Pembangunan yang disiarkan menerusi TVS pada malam ini.

Isu pendidikan percuma mendapat pelbagai reaksi banyak pihak katanya sambil menegaskan (walaupun) Sarawak tidak menjanjikan ia dalam pilihan raya, tetapi melaksanakannya demi pembangunan modal insan.

“Kita melaksanakan pada 2026 kerana perlu menyediakan prasarana terlebih dahulu (dan) menyediakan kelengkapan untuk pelajar-pelajar masuk,” jelasnya.

Pada 22 Nov lepas, Dr Annuar dilaporkan berkata 25,000 penuntut Sarawak di negeri ini dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Oktober lepas berkata pendidikan percuma di universiti serta institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak adalah untuk anak jati Bumi Kenyalang dan dijangka dilaksanakan pada 2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan