Search
Close this search box.
Malaysia dan Thailand akan membangunkan wilayah Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia dengan lebih pesat secara bersama khususnya dalam sektor pelancongan. Foto: Laman sosial X @anwaribrahim

Malaysia-Thailand setuju promosi pelancongan bersama

ByAmirah Shawel

KUCHING, 27 Dis: Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membangunkan sektor pelancongan di wilayah Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia dengan lebih pesat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dipersetujui oleh Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin melihat kepada peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke negara itu.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas peringkat tertinggi kedua-dua negara berkenaan perlu melaporkan kemajuan projek, selain perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan Januari ini.

“PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand,” katanya menerusi laman sosial X, hari ini.

Anwar memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan santai dengan Srettha pada Selasa dan sempat berbincang beberapa perkara mustahak, termasuk melibatkan perihal sektor pelancongan kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin itu turut bersependapat bahawa Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam dan Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang perlu disegerakan.

Sementara itu, menyentuh mengenai bencana banjir yang berlaku ketika ini, Anwar berkata beliau akan meninjau sendiri situasi di Utara Semenanjung yang semakin membimbangkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan