Search
Close this search box.
Tiga kes kematian akibat banjir direkodkan dalam tempoh monsun timur laut bermula 21 Nov hingga semalam (25 Dis). Foto hiasan Envato.

Tiga kes lemas akibat banjir direkod – Polis Kelantan

ByBernama

KOTA BHARU, 26 Dis: Tiga kes kematian akibat banjir direkodkan dalam tempoh monsun timur laut bermula 21 November hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes terbabit melibatkan seorang kanak-kanak lelaki di Kubang Kerian, Kota Bharu dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas.

“Empat lagi kes kematian adalah mangsa mati lemas dan mati mengejut, bukan akibat banjir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki turut menasihatkan orang ramai agar cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan serta sentiasa berwaspada dan patuh pada arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Orang ramai juga diingatkan terutamanya golongan remaja bermotosikal untuk tidak pergi ke tempat banjir dan berpesta kerana perbuatan tersebut akan mengundang risiko kemalangan, selain mengganggu kelancaran kenderaan petugas sekali gus akan merencatkan kerja menyelamat serta perpindahan mangsa banjir,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan