Search
Close this search box.
Pihak Polis akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes peniupuan pakej katering perkahwinan yang tular di media sosial baru-baru ini. Foto hiasan Envato.

Syarikat katering ‘lesap’, polis dapatkan maklumat SSM hari ini

ByDayu Adruce

KUCHING, 26 Dis: Polis akan mendapatkan maklumat lengkap pemilik katering yang didakwa menipu sebuah keluarga pengantin di Jempol, Negeri Sembilan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa telah membuat pembayaran deposit pertama secara dalam talian berjumlah RM2,780 sebelum membuat bayaran kedua pada 17 Jun lalu sebanyak RM5,554.

“Seterusnya bayaran kali kali ketiga berjumlah RM4,954 dibuat pada 30 Ogos lalu dan secara keseluruhan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM13,200, kesemuanya secara dalam talian atas nama syarikat,” katanya menerusi kenyataan media di Jempol hari ini.

Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati pengantin perempuan berusia 26 itu telah berurusan dengan seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam, Selangor pada 3 April lalu sebelum membuat pembayaran secara dalam talian tersebut.

Pembayaran itu adalah bagi majlis kenduri yang diadakan pada 24 Disember lepas, namun mangsa mendakwa tidak menerima pakej seperti yang dijanjikan.

Pengantin ditipu jurusaji, rugi lebih RM13,000

Tambahnya lagi, siasatan lanjut mendapati mangsa terpedaya dalam urusan pakej perkahwinan di laman Facebook selain hanya menjalankan urusan di dalam talian sahaja.

“Polis sedang mengesan nombor akaun bank yang digunakan selain mendapatkan maklumat pemilik akaun melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam tular sebuah keluarga terpaksa memasak sendiri hidangan kepada tetamu majlis perkahwinan selepas katerer tidak menghantar makanan walaupun pembayaran penuh telah dilakukan.

Mangsa mendakwa syarikat katering itu juga gagal dihubungi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan