Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit pada pintu lif sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma di sini hari ini. Foto JBPM

Lelaki maut kepala tersepit pintu lif pusat beli-belah

GEORGE TOWN, 26 Dis: Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit pada pintu sebuah lif di pusat beli-belah di Jalan Burma di sini pada Selasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 4.45 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal tiba kira-kira lima minit kemudian.

Menurutnya, semasa bomba sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati dua lelaki telah terperangkap di dalam sebuah lif di aras bawah.

“Seorang mangsa berusia 28 tahun tersepit di bahagian kepala pada pintu lif, manakala seorang lagi berusia 53 tahun terperangkap di dalam lif.

“Pasukan bomba kemudian berjaya membuka pintu lif dan mengeluarkan kedua-dua mangsa tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, lelaki yang tersepit kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan, manakala seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan.

Katanya, operasi kemudiannya ditamatkan pada pukul 5.56 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan