Search
Close this search box.
Bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja meninggal dunia hari ini. Foto: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (Facebook)

Bekas wartawan, novelis Salmi Manja meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja meninggal dunia hari ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, Allahyarham Saleha, 87, yang juga isteri kepada Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di kediamannya di Subang Jaya tengah hari tadi.

Anak Allahyarham, Helmy Samad turut mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook dan memaklumkan jenazah ibunya dimandi dan disolatkan di Masjid Al-Irsyad, Subang Jaya sebelum dikebumikan selepas solat isyak di Tanah Perkuburan USJ22.

Selain dikenali sebagai isteri kepada Sasterawan Negara itu, karya Allahyarham amat kental dengan isu wanita dan kewanitaan serta keislaman, di samping merupakan ahli Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50).

Antara karya novel Allahyarham Saleha adalah Hari Mana Bulan Mana dan Sayang Ustazah Sayang serta beberapa novel lain, antologi cerpen dan antologi puisi.

Allahyarham juga pernah diangkat sebagai Karyawan Bulan Ini Dewan Sastera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan