Search
Close this search box.
Empat cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Seniawan, Bau, tengah malam tadi. Foto JBPM Sarawak

4 cedera parah kemalangan di Bau

BySafri Ali

BAU, 26 Dis: Empat cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Seniawan di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.09 tengah malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia dengan Toyota Vios.

“Sorang mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian pemandu kereta Perodua Axia manakala tiga orang mangsa lagi iaitu dua lelaki dan seorang wanita juga mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu dan penumpang kenderaan Vios telah dikeluarkan oleh orang awam dan di hantar ke hospital Bau sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba membuat size up dan seterusnya menggunakan resque tool bagi mengeluarkan pemandu Axia yang masih tersepit di bahagian hadapan.

“Seterusnya unit EMRS memberi perawatan awal memasang cervical collar dan mengeluarkan mangsa menggunakan spinal board,” katanya.

Katanya, kesemua mangsa seterusnya di bawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan bantuan daripada ambulans Bau dan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan