Search
Close this search box.
Seorang anggota polis mengalami patah tulang rusuk selepas motosikal ditunggangnya dilanggar motosikal mat rempit semasa cuba menahan dua buah motosikal di Kilometer 121.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini hari ini.

Wanita warga asing maut ditikam di Skudai

ByBernama

JOHOR BAHRU, 25 Dis: Seorang wanita warga asing maut, dipercayai ditikam dengan objek tajam di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, di sini awal pagi semalam (Ahad).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu lebih kurang 4.35 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku lebih kurang 2.30 pagi, mangsa berusia 41 tahun disyaki ditikam dengan objek tajam.

Susulan itu, tidak sampai 24 jam kemudian, beliau berkata pihaknya menahan seorang perempuan warga asing berumur 41 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun.

“Lebih kurang 7.47 malam tadi, wanita tersebut ditahan di rumahnya manakala lelaki tersebut yang juga adik kepada mangsa ditahan di tempat pembuangan sampah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah.

“Turut dirampas sebilah pisau di lokasi kejadian,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

Balveer Singh berkata kedua-kedua suspek akan dipohon reman hari ini.

Beliau memohon agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Wong Chee Hoong di talian 016-6943836.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjara minimum 30 tahun sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan