Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas Catheral Parish di sini hari ini. Foto, Aziz Soleh (TVS).

Sarawak rekod pendapatan RM13.1 bilion tahun ini, atasi jangkaan RM12.7 bilion – Abang Johari

KUCHING, 25 Dis: Sarawak merekodkan pendapatan tahunan mencecah RM13.1 bilion tahun ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, angka berkenaan telah mengatasi jangkaan awal sebanyak RM12.7 bilion.

Pendapatan Sarawak meningkat kepada RM13.1 bilion | TVS

Kata Abang Johari beliau dimaklumkan perkara itu oleh Setiausaha Kewangan Sarawak pada minggu lepas.

“Kita tutup akaun minggu lepas, jumlah pendapatan sebenar ialah RM13.1 bilion kerana kita menerima dividen, jadi rekod yang agak bagus untuk pendapatan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas Catheral Parish di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Rumah terbuka berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Bishop Kuching Datuk Danald Jute.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak dijangka akan terus menerima pendapatan yang tinggi berdasarkan ‘new revenue engineering’ yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak.

“Ini termasuklah penggubalan beberapa undang – undang baharu yang akan menjana hasil yang besar kepada Sarawak dan saya berharap perkara itu akan dapat dilihat dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Pada masa sama Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada barisan Kabinet Kerajaan Sarawak yang telah memainkan peranan masing – masing. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan