Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerusi perutusan Krismas mahu keamanan dan keharmonian terus dipelihara. Foto: Astana Sarawak

Perutusan Krismas 2023: Tun Abdul Taib seru pertahankan keharmonian Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Dis: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyeru rakyat Sarawak supaya mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah lama terjalin di wilayah ini.

Menurut Tun Abdul Taib, Sarawak begitu unik kerana rakyatnya yang berbilang kaum, bangsa dan agama dapat menyambut semua perayaan besar dengan penuh kemeriahan.

TYT Sarawak seru pertahankan keharmonian negeri | TVS

Jelas beliau, semangat ini perlu terus dijunjung tinggi.

“Istimewanya, kita meraikan Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Wesak dan Gawai Dayak dengan penuh kegembiraan kerana sikap memahami dan mempunyai rasa hormat yang tinggi antara satu sama lain.

“Ini menjadi intipati keamanan dan keharmonian Sarawak,” katanya menerusi perutusan Krismas 2023 hari ini.

Sementara itu, Tun Abdul Taib turut berbangga dengan penganut Kristian yang meraikan Krismas dengan rakan-rakan dan sanak saudara berbeza agama.

“Tradisi kunjung – mengunjung (di Sarawak) telah menjadi contoh yang baik kepada seluruh negara,” tambah beliau.

Pada masa sama, Tun Abdul Taib berkata, Kerajaan Sarawak juga amat prihatin terhadap kebajikan agama-agama lain di sini dan perkara itu dapat dilihat menerusi penubuhan Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“(Menerusi) UNIFOR, Kerajaan Sarawak dapat menyalurkan bantuan kewangan kepada penganut Kristian untuk membina gereja mereka di seluruh Sarawak. Agama lain seperti Buddha, Hindu dan Bahai juga mendapat bahagian bantuan kewangan yang adil.

“Atas inisiatif besar ini, saya secara peribadi ingin memuji kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana secara berterusan memperuntukkan jutaan ringgit untuk tujuan murni ini setiap tahun,” tambahnya.

Menutup perutusan, Abdul Taib mengingatkan kepada rakyat Sarawak supaya tidak mengambil mudah kedamaian dan keharmonian yang dikecapi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan