Search
Close this search box.
Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada menjelang sambutan Krismas esok, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto hiasan, Envato.

Krismas: Douglas Uggah minta Rakyat Sarawak kekal waspada terhadap COVID-19

KUCHING, 24 Dis: Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata perayaan Krismas pada bulan ini menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 di negeri ini.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan, peningkatan kes adalah disebabkan kehadiran subvarian HK.3 dan JN.1.

“Kes positif di negeri ini telah mencetuskan kebimbangan dengan 631 kes direkodkan dari 10 hingga 16 Dis. Sebanyak 310 kes pada minggu sebelumnya, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 103.5 peratus.

“Jadi setiap individu perlu berjaga-jaga terutama golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai komorbiditi. Jangan benarkan COVID-19 menjadi ‘Grinch’ yang akan mencuri kegembiraan Krismas anda. Amalkan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengelak jangkitan dan penularan,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas.

Pada 21 Dis lepas, Uggah berkata kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4.85 juta sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan pembiayaan berkenaan bagi membantu Jabatan Kesihatan Sarawak memperkukuh keupayaan mereka dalam bersedia dan mengatasi trend peningkatan kes COVID-19.

Beliau berkata peruntukan berkenaan antaranya dikhususkan untuk membina hospital lapangan di Kuching dan pembelian ubat antiviral Paxlovid. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan