Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Kebersamaan dan toleransi rakyat Sarawak pacu pembangunan negeri

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Dis: Semangat keharmonian, hormat-menghormati dan juga toleransi yang diamalkan setiap rakyat Sarawak merupakan elemen terpenting dalam memacu pembangunan negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menerusi perutusan Krismas 2023 hari ini berkata, masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan bangsa menjunjung perpaduan dan kestabilan yang menjadi contoh kepada seluruh negara memperoleh manfaat yang baik dinikmati bersama.

Kebersamaan dan toleransi kunci perpaduan, pembangunan negeri | TVS

“Kestabilan dan perpaduan rakyat Sarawak membolehkan Sarawak membentangkan Belanjawan 2024 terbesar dalam sejarah dengan peruntukan sebanyak RM12.363 bilion serta telah diiktiraf Bank Dunia bahawa Sarawak adalah merupakan negeri berpendapatan tinggi di Malaysia.

“Bukan itu sahaja, komuniti dunia turut mengiktiraf Sarawak melalui kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai sebuah negeri moden dari segi kelestarian alam sekitar serta kepelbagaian budaya,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Sim menyeru kepada rakyat Sarawak untuk berasa bangga dengan pencapaian yang dikecapi pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, Sarawak akan terus memperjuangkan pengembalian semula autonomi kesihatan dan pendidikan daripada kerajaan pusat.

Ini kerana menurutnya, hanya orang Sarawak sahaja tahu apa yang dimahukan oleh orang Sarawak dan ia jelas terbukti telah mendapat pengiktirafan tinggi menerusi Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

“Majalah Newsweek baru-baru ini telah mengiktiraf Pusat Jantung Sarawak, satu-satunya pusat jantung milik kerajaan di Malaysia, sebagai kelompok 100 Pusat Jantung Terbaik di Asia Pasifik yang mana kita menduduki tempat ke-48 dan ini jelas kerana kita mempunyai tenaga serta pakar yang mencukupi.

“Oleh itu, kita perlu meneruskan perjuangan dengan menuntut hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta mendapatkan peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan supaya kita boleh membiayai sektor kesihatan serta pendidikan kita sendiri,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Dr Sim menyeru setiap rakyat Sarawak untuk terus kekal bersatu dan memainkan peranan bagi mencapai objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri paling inklusif serta mesra alam dan mampan bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara.

Memasuki tahun baharu beberapa hari lagi, tumpuan Kerajaan Sarawak kini ke arah pembangunan Transit Aliran Autonomi (ART), pemberian pendidikan percuma di peringkat universiti kepada 25,000 anak Sarawak serta membangunkan syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan