Search
Close this search box.
Orang ramai mula mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan COVID-19. Foto, Bernama.

Jumlah kes COVID-19 dijangka menurun Januari depan

ByBernama

KLANG, 24 Dis:  Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 dijangka menurun bulan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata situasi COVID-19 ketika ini dipantau berdasarkan empat kriteria iaitu jumlah kes jangkitan, kes kematian dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) serta beban yang dihadapi oleh fasiliti kesihatan terutamanya hospital.

COVID-19: Sarawak rekod 631 kes pada ME50, tiada kematian baharu

“Insya-Allah, pada Januari ini ia (jangkitan) akan turun, sama-sama kita doakan,” katanya yang ditemui pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 di sini hari ini.

Semalam, Dzulkefly memaklumkan kes COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Dis meningkat sebanyak 29.5 peratus kepada kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

COVID-19: Sarawak rekod 631 kes pada ME50, tiada kematian baharu

Menurut Dzulkefly tindakan diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa ini adalah wajar mengikut keperluan serta bersistematik dan bukan sahaja melihat kepada jumlah kenaikan kes semata-mata.

“Ada yang marah kerana tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka, tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan pendekatan emosi dan apa yang saya lakukan adalah berdasarkan bukti yang tertakluk kepada sistem amaran awal dan itu akan diteruskan,” katanya.

COVID-19: Sarawak rekod 631 kes pada ME50, tiada kematian baharu

Beliau berkata seandainya berlaku perubahan besar dan drastik, KKM akan merujuk kepada empat kriteria yang ditetapkan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan