Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Krismas

KUCHING, 24 Dis: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di seluruh negara.