Search
Close this search box.
Seorang lelaki tempatan yang juga pemandu treler ditahan polis susulan kemalangan melibatkan tiga kenderaan menyebabkan dua pelancong asing maut serta lima lagi parah, dalam kejadian di KM21 Jalan Semporna-Tawau. Foto hiasan Envato

Warga asing ditahan disyaki terlibat kes bunuh di Genting Highlands

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berumur 45 tahun itu ditahan di kawasan berdekatan hotel terbabit pada hari yang sama.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk proses bedah siasat dan siasatan awal mendapati terdapat kesan pergelutan pada tubuh mangsa.

“Mangsa berumur 51 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai 23 rekod kes jenayah lampau termasuk dadah. Keputusan bedah siasat dijangka diperoleh lewat petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan