Search
Close this search box.
Dana tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki.

SK St Teresa, SMK St Joseph Kuching terima geran daripada UNIFOR

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Dis: Sekolah Kebangsaan (SK) St Teresa Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Kuching menerima geran daripada Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) hari ini.

Bantuan kewangan itu adalah sebahagian daripada bantuan dana Sekolah Mubaligh Sarawak 2023 Fasa 2 yang telah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki.

Menurut Ibrahim, bantuan kewangan itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk memastikan wujudnya pembangunan di sekolah mubaligh serta rumah ibadat di bawah UNIFOR.

“Ini adalah pendekatan kami (Kerajaan Sarawak) untuk memupuk perpaduan dan keterangkuman sosial di Sarawak dengan menyemai nilai keharmonian dan kewujudan bersama dalam kalangan rakyat.

“Dengan saling memahami dan menghormati, ia akan menyumbang kepada agenda pembangunan negeri yang mana kita telah melihat kejayaan dalam transformasi ekonomi kita melalui ekonomi hijau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hadir menerima geran bagi pihak SMK St Joseph Kuching ialah pengetua sekolah, James Chen Chun Hong manakala SK St Teresa Kuching diwakili oleh guru sekolah, Senah Jali.

Dalam majlis sama, Ibrahim turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada sejumlah 74 pertubuhan, persatuan dan jawatankuasa pengurusan di kawasan DUN Satok.

Antaranya ialah sebanyak 16 Jawatankuasa Pengawal Kejiranan (KRT), sembilan jawatankuasa Kejiranan Mesra (KJM), 17 Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung (JKKK) dan enam Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).

Turut menerima geran itu ialah 15 Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan surau serta 11 Badan Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan