Search
Close this search box.
Jeffri Hamdan dan Norrezan Masiri menunjukkan baju dan selipar yang dipakai anaknya pada hari kejadian. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Sempat mohon maaf dengan ayah sebelum disambar buaya

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Dis: “Saya minta maaf ayah”, permohonan maaf Mohammad Faqrul Zaimi, 15, kepada bapanya dua hari yang lalu bagaikan petanda dia akan pergi selama-lamanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya itu dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing dan menjala udang bersama tiga lagi rakannya di sungai Bandar Baru Samariang di sini, petang tadi.

Menurut bapa mangsa, Jeffri Hamdan, dia seakan tidak percaya permohonan maaf daripada anaknya itu menjadi petanda dia dibaham buaya.

“Dua hari sebelum kejadian, dia ada minta maaf. Jadi saya sebagai seorang bapa jenis yang suka bergurau dengan anak, saya tanya kamu sakit ke, dia cakap nanti takut tidak sempat Hari Raya susah nak mintak maaf,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jeffri yang bekerja sebagai pekebun berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan mereka sekeluarga namun reda dengan ketentuan tuhan.

Remaja lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala udang di sungai Bandar Baru Samariang

“Memang sedih, tapi apa boleh buat sudah qada dan qadar. Saya harap dia dapat dijumpai sama ada hidup atau mati,” katanya.

Jefffri berkata, dia turut serta dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) oleh petugas bomba petang tadi, namun tiada sebarang petunjuk keberadaan anaknya.

Sementara itu, ibu kepada mangsa, Norrezan Masiri berkata, dia redha dengan ketentuan tuhan dan hanya mahukan jasad anaknya dijumpai.

“Dia ada cakap nak pergi memancing, tetapi saya tidak tahu di mana. Kebiasaanya dia memancing di kawasan kampung kami di Asajaya.

“Saya sedih dan terkejut, harap dapat dijumpai, jika sebaliknya saya redha,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Latip Iring memberitahu operasi SAR telah ditangguh pada 7.50 malam dan akan disambung semula keesokan pagi.

Beliau berkata, radius pencarian akan diperluaskan pada esok hari dengan penyertaan daripada agensi keselamatan lain.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan