Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun berasal dari Kampung Moyan Asajaya, dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang menjala udang bersama dua lagi rakannya di sungai Bandar Baru Samariang petang ini.

Remaja lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala udang di sungai Bandar Baru Samariang

KUCHING, 23 Dis: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun berasal dari Kampung Moyan Asajaya, dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang menjala udang bersama dua lagi rakannya di sungai Bandar Baru Samariang di sini, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4. 27 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

Remaja lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Bandar Baru Samariang | TVS

“Laporan berhubung kes ini telah dibuat rakan mangsa, ketika kejadian mereka sedang menjala udang sebelum salah seorang mereka disambar buaya.

“Kejadian ini disaksikan rakan mangsa sendiri. Rakan mangsa mengatakan mangsa telah disambar sebelum dibawa ke hulu sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga kini operasi mencari mangsa sedang dijalankan.

Laporan lanjut menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan