Search
Close this search box.
Seorang anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan empat. Gambar hiasan

Polis tembak mati tiga penjenayah di Selayang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai warga asing di Selayang awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenda Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata, satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang ini.

“Memandangkan Ketua Polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya ringkas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan