Search
Close this search box.
PC Image mengadakan karnvial 'WOW Big Sale' dengan penawaran diskaun barangan IT sehingga 80 peratus. Foto PC Image

PC Image tawar diskaun sehingga 80 peratus menerusi karnival ‘WOW Big Sale’

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 Dis: PC Image yang merupakan kedai barangan Teknologi Maklumat (IT) terbesar di Malaysia Timur kini kembali dengan jualan promosi ‘WOW Big Sale’ bermula semalam sehingga hujung tahun ini.

PC Image menawarkan ‘Crazy Deal’ barangan aksesori terpilih dengan diskaun sehingga 80 peratus khusus kepada pelanggan membuat pembelian minit-minit terakhir untuk perayaan Krismas serta Sambutan Tahun Baharu 2024.

Jualan promosi ‘WOW Big Sale’ PC Image akan berlangsung sehingga hujung tahun ini

Menurut Jurujual PC Image Cawangan Vivacity Megamall, Hanif Ahmad, pelanggan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ‘Buy and Win’ dengan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM5,875.

“Promosi besar-besaran PC Image serta penaja utama kami Sony, iaitu cabutan bertuah ‘Buy and Win’ bagi pembelian tidak terhad dengan mana-mana amaun pembelian dan pelanggan yang bertuah boleh memenangi hadiah utama iaitu PlayStation 5, serta hadiah-hadiah lain seperti Sistem Audio, Fon Telinga Tanpa Wayar, Laptop dan Gaming Chair.

Playstation 5 merupakan antara hadiah utama yang boleh dimenangi melalui cabutan bertuah ‘Buy and Win’

 

“Bagi ahli Elite Club, mereka berpeluang untuk menyertai ‘Save and Win’ jika membuat pembelian sehingga RM200 dalam satu resit,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

PC Image: Karnival Wow tawar barangan komputer serendah RM18

Katanya, pelbagai variasi model komputer riba, tablet, monitor dan aksesori yang ditawarkan mengikut keperluan pelanggan sama ada untuk kegunaan harian, bekerja dan permainan video.

Menariknya, penaja utamanya Sony, turut menawarkan promosi yang menarik dengan penjimatan sehingga lebih RM10,000.

Pembelian produk eksklusif Sony sepeti television akan disertakan dengan waranti tambahan satu tahun daripada Sony Centre Vivacity

“Bagi produk eksklusif Sony, kami menawarkan untuk semua produk Sony seperti TV, bar bunyi, speaker, kamera dan lain-lain yang mana seperti TV, kami tawarkan waranti tambahan satu tahun daripada Sony Centre Vivacity.

“Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan tebusan e-dompet Touch N’ Go secara percuma sehingga RM800 kepada pelanggan yang membeli barangan Sony,” katanya lagi.

Hanif turut menambah, pelanggan turut menerima baucar beli-belah sehingga RM70 jika membeli barangan laptop yang menggunakan pemproses cip AMD Ryzen siri 5, 7 dan 9.

Maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi yang diadakan boleh didapati di laman Facebook rasmi PC Image.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PC Image, sila layari pcimage.com.my/tvs. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan