Search
Close this search box.
Manchester City merangkul Piala Dunia Kelab FIFA buat kali pertama dalam sejarah, menewaskan Fluminense FC dari Brazil 4-0 pada perlawanan akhir edisi ke-20. Foto AFP

Manchester City juara Piala Dunia Kelab Fifa

ByBernama

JEDDAH, 23 Dis: Manchester City merangkul Piala Dunia Kelab FIFA buat kali pertama dalam sejarah, menewaskan Fluminense FC dari Brazil 4-0 pada perlawanan akhir edisi ke-20 yang berlangsung di King Abdullah Stadium Sports City di Jeddah, Arab Saudi pada Jumaat.

Pemenang Liga Juara-Juara itu mencipta kejayaan menerusi penyertaan sulungnya dalam Piala Dunia Kelab, sekali gus menjadi kelab Inggeris pertama yang memperoleh kejayaan sedemikian, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

City mempamerkan dominasi pada awal perlawanan dengan jaringan gol terpantas dalam kejohanan itu, hasil sepakan Julian Alvarez selepas hanya 42 saat permainan.

Nino, pemain pertahanan Fluminense Brazil secara tidak sengaja menjaring gol sendiri pada minit ke-27, memberikan gol kedua untuk City.

Pada separuh masa kedua, Phil mencipta gol ketiga untuk pasukannya pada minit ke-72, manakala Alvarez menjaringkan gol keempat pada minit ke-89.

Pep Guardiola dari Sepanyol mencipta sejarah dengan menjadi jurulatih pertama merangkul empat kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA, mendahului rekod Carlo Ancelotti yang memenangi tiga kejuaraan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan