Search
Close this search box.
Peserta Pasukan Kuala Lumpur bergambar kenangan selepas Majlis Penutupan Kejohanan Pingpong Remaja dan Kadet Malaysia Ke-41 di Kuching hari ini. Foto TVS

Kuala Lumpur berjaya kekalkan kejuaraan kejohanan pingpong remaja

ByTVS

KUCHING, 23 Dis: Kuala Lumpur berjaya mengekalkan juara keseluruhan Kejohanan Pingpong Remaja dan Kadet Malaysia Ke-41.

Menurut Jurulatih Pasukan Kuala Lumpur, Muhd Syakirin Ibrahim, pihaknya bersyukur kerana masih mampu untuk mengekalkan kejuaraan keseluruhan kejohanan tersebut dari tahun lepas.

Kata Syakirin, pasukannya turut menggandakan usaha mereka kali ini kerana pihaknya menerima saingan yang sengit dari negeri lain .

“Syukur kita dapat mengekalkan kejuaraan dan itu adalah kita punya matlamat di sini. Negeri lain juga sudah menunjukkan peningkatan dalam sukan pingpong, ini berusaha lebih gigih mengekalkan kejuaraan kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penutupan Kejohanan Pingpong Remaja dan Kadet Malaysia Ke-41 di sini, hari ini.

Selain itu, Peserta Kuala Lumpur, Gan Ai Lis berkata, dirinya menikmati setiap detik suasana perlawanan di Sarawak.

“Walaupun ada detik jatuh dan bangun untuknya dalam kejohanan tersebut namun dia tetap menghargai peluang mewakili pasukan Kuala Lumpur bertanding di negeri Bumi Kenyalang,” ujarnya.

Bagi Dania Elisha Mohd Airul Hafis, dirinya bertekad untuk memenangi tiga emas pada kejohanan yang akan datang.

“Ia sebagai motivasi untuknya meningkatakan prestasinya dalam sukan pingpong tersebut.Saya mahu menjadi juara dan mendapat tiga pingat emas,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan