Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol pada Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Muhibbah Delegasi Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pengetua dan Guru-Guru Pengawas Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak di sebuah hotel di Kuching, malam tadi. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Kerajaan Sarawak komited sediakan persekitaran pembelajaran kondusif

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Dis: Kerajaan Sarawak komited dalam memperkasa sektor pendidikan di negeri ini terutama sekali melibatkan naik taraf sekolah daif dan menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif dan menyeronokkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, kesungguhan dalam menambah baik mutu pendidikan di negeri ini terbukti di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Di Sarawak pemimpin kami khususnya Premier Sarawak memang agresif dalam hal pendididkan. Kita (Sarawak) bersuara mengenai peruntukan untuk membaiki sekolah-sekolah daif kerana kami mahu sekolah itu sebagai sebuah tempat yang menyeronokkan seperti taman hiburan dan bukannya seperti tempat penggambaran filem seram.

“Kami juga mengambil berat tentang warga pendidik yang memerlukan penginapan yang selesa dan sekolah yang lebih ceria.

“Oleh sebab itu Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang besar untuk memastikan keadaan sekolah di negeri lebih baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Muhibbah Delegasi Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pengetua dan Guru-Guru Pengawas Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pelbagai inisiatif diambil Kerajaan Sarawak dalam membantu pelajar-pelajar dari negeri ini, antaranya pemberian biasiswa menerusi Yayasan Sarawak dan pemberian komputer riba sepertima mana yang diumumkan pada sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas dan perancangan untuk memberikan pendidikan percuma menjelang 2026.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, tumpuan yang diberikan kepada sektor pendidikan diharap dapat melahirkan modal insan terlatih dan berpengetahuan luas bagi memenuhi keperluan pasaran sektor pekerjaan masa kini.

“Sarawak memerlukan modal insan utk memenuhi keperluan pekerjaan, sebab itu pendidikan penting.

“Oleh sebab itu juga, kita menghantar pelajar ke luar negara. Sarawak merupakan antara negeri mempunyai jumlah pelajar yang ramai di Semenanjung Malaysia dengan anggaran 5,000 pelajar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan