Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto TVS

Jumlah guru baharu ditempatkan di Sarawak masih tidak mencukupi – Roland Sagah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Dis: Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru dalam pelbagai disiplin untuk mengisi jawatan kosong yang terdapat di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pengumuman yang dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini berkenaan penempatan 1,108 guru baharu di Sarawak adalah satu permulaan yang baik, tetapi ia tidak akan menyelesaikan isu kekurangan guru yang dihadapi negeri ini.

“Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru dalam pelbagai disiplin untuk mengisi jawatan kosong.

“Oleh sebab itu, adalah mustahak bagi semua pihak memastikan isu kekurangan guru ditangani secara holistik.

“Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa MA63 telah membincangkan isu ini dengan terperinci dan cadangan telah dikemukakan kepada KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Roland berkata, antara perkara yang dibincangkan dengan kedua agensi itu ialah berkenaan penurunan kuasa dalam pengambilan guru baharu daripada SPP kepada KPM.

“Kami berharap tindakan pantas dilakukan oleh pihak berkenaan bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat dinoktahkan,” katanya.

Terdahulu hari ini, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.

Sebanyak 422 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa 28 Disember. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan