Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sesi Dialog YAB Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang - Pengarang Kanan Media Elektronik, Cetak dan Dalam Talian di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini. Foto: Firdaus Ismail (TVS)

GPS, GRS pilih kestabilan, tolak cubaan tebuk atap – PM

ByFirdaus Ismail

PUTRAJAYA, 23 Dis: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memilih untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, jaminan oleh GPS itu dinyatakan oleh Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Premier Sarawak ketika bertemu dengan beliau di sini semalam.

GPS, GRS pilih kestabilan, tolak cubaan tebuk atap | TVS

Kata Anwar, pertemuan dengan Abang Johari semalam penting bukan sahaja menunjukkan sokongan berterusan rakan rabungan dari Borneo malah isu ekonomi turut dibincangkan.

“ Percubaan jatuh kerajaan tidak akan dapat dilakukan tanpa sokongan GPS dan GRS dan kita (kerajaan) juga memiliki sokongan Barisan Nasional (BN).

“Abang Johari maklumkan kepada saya yang terdapat percubaan memujuk (GPS tarik sokongan kepada Kerajaan Persekutuan) namun mereka kekal bersama kita untuk kestabilan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Dialog YAB Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang – Pengarang Kanan Media Elektronik, Cetak dan Dalam Talian di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar menjelaskan pertemuan dengan Abang Johari di pejabat beliau juga penting kerana membincangkan isu ekonomi.

“Kata kuncinya stabil, kita (Kerajaan Persekutuan) kagum dengan keupayaaan beliau (Abang Johari) menarik pelaburan ke Sarawak.

“Kita juga bincang soal tenaga baharu dan saya difahamkan, keupayaan Sarawak (dalam sektor tenaga baharu) sangat besar melebihi apa yang kita sangka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan