Search
Close this search box.
Seorang penunggang motosikal wanita berusia 24 tahun maut dalam kemalangan jalan raya dengan lori di Kilometer 118.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini malam tadi. Foto IPD SPU

Gadis maut motosikal ditunggang langgar belakang lori rosak

KEPALA BATAS, 23 Dis: Seorang gadis terkorban selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori rosak di bahu jalan di Kilometer 118.5 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, mangsa berusia 24 tahun maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, kemalangan berlaku apabila lori dari arah Juru, Bukit Mertajam menghala ke Sungai Petani, Kedah mengalami kerosakan dan tersadai di lorong kecemasan.

“Selepas 15 minit lori berhenti, tiba-tiba datang motosikal mangsa dari arah belakang dan melanggar belakang sebelah kanan lori.

“Penunggang yang mengalami cedera parah pada kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kepala Batas di sini bagi urusan bedah siasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan