Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

COVID-19: Hanya 50 orang ambil vaksin dos penggalak, kes baharu 22,413

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 23 Dis: Hanya 50 orang sahaja menerima dos penggalak pertama manakala 120 orang telah menerima dos penggalak kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, secara kumulatif sehingga 22 Disember 2023, hanya 16,347,130 penduduk Malaysia (50.1 peratus) telah menerima dos penggalak pertama dan hanya 828,686 penduduk Malaysia (2.5 peratus) telah menerima dos penggalak kedua.

Katanya, jumlah berkenaan menunjukkan Minggu Epidemiologi ke-51 dilaporkan mempunyai peningkatan sebanyak 29.5 peratus (22,413) berbanding 17,307 kes yang dilaporkan pada hari keenam ke-50 lepas.

“Kes kematian COVID-19 dilaporkan menurun sebanyak 23.1 peratus dari 26 kes kepada 20 kes kematian,” katanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 termasuk yang ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal adalah meningkat kepada 1.5 peratus berbanding ME 49/2023.

KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelak dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan