Search
Close this search box.
Varian sub Omicron COVID-19 JN.1 dan HK.3 dikesan di beberapa bahagian di Sarawak. Foto hiasan, Envato.

Varian sub Omicron COVID-19 JN.1 dan HK.3 dikesan di Sarawak

ByNina Azman

KUCHING, 21 Dis: Varian sub Omicron COVID-19 JN.1 dan HK.3 dikesan di beberapa bahagian di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. David Perera berkata, dapatan itu hasil kajian terhadap 61 sampel yang diperolehi sejak November hingga bulan ini.

COVID-19: Sarawak rekod 631 kes pada ME50, tiada kematian baharu

Kata David, varian sub Omicron yang dominan ialah JN.1 iaitu sebanyak 49 peratus dan HK.3 dengan kadar 26 peratus.

“Sampel-sampel ini dikenal pasti di Kuching, Samarahan dan Sibu,” katanya.

Penemuan itu didedahkan menerusi laporan terkini pengawasan kes positif COVID-19 Sarawak kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Mengulas lanjut, David berkata, pada awalnya sub varian JN.1 dikesan  di Amerika Syarikat (AS) pada September tahun ini.

JN.1 katanya cepat merebak dan kini menyumbang peratusan tinggi bagi kes positif di AS.

Sementara itu beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga – jaga terutama menjelang perayaan akan datang.

“Ini penting untuk melindungi semua orang, khususnya individu yang berisiko tinggi,” tambah beliau. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan