Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin Kerajaan Sarawak hadir Majlis Makan Malam UNIFOR di sini malam tadi. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Universiti Malaya cadang buka kampus di Sarawak, tawar pengajian MA63

ByDouglas Elliot

KUCHING, 21 Dis: Universiti Malaya (UM) bercadang untuk membuka satu kampus cawangan di Sarawak, ujar Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kata Premier Sarawak itu, UM telah menyatakan hasrat kepada Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan sebuah fakulti undang-undang yang menawarkan pengkhususan dalam bidang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Empat universiti Malaysia tersenarai 200 terbaik dunia 2023

“Di Semenanjung Malaysia, tiada universiti yang menawarkan kursus mengenai MA63.

“Namun, setelah kita bersuara, mereka berminat untuk menelaah asal usul MA63 dan Laporan Suruhjaya Cobbold serta undang-undang tradisional Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam UNIFOR di sini, malam tadi.

Universiti Malaya juara debat Asia 2021

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mengulas lanjut hasrat universiti terbaik negara itu, Abang Johari berkata, pengkhususan tersebut akan diajar sebagai subjek elektif.

Universiti Malaya juara debat Asia 2021

Dalam pada itu, Abang Johari juga memberitahu Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak turut menawarkan program pengajian dalam undang-undang.

Sementara itu Abang Johari turut mengulangi hasrat Kerajaan Sarawak yang mahu menyediakan pendidikan percuma kepada pelajarnya menjelang 2026.

“Kita mahu semua anak Sarawak tanpa mengira kaum dan agama layak memasuki universiti milik Kerajaan Sarawak (malah) kita akan membiayai yuran pengajian mereka,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan