Search
Close this search box.
Penghantar barang didakwa di mahkamah mengedar dadah jenis syabu. Foto Envato

Penghantar barang didakwa edar syabu 112.48 kg

ByBernama

SEREMBAN, 21 Dis: Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat 112.48 kilogram, 9 Dis lepas.

D. Dkrishna Roa, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Dua lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan di RTC Napoh ketika tunggu pelanggan

Dia didakwa mengedar dadah itu di sebuah tokong di Jalan Tuanku Antah, dekat sini kira-kira 8.55 malam, 9 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat tidak kurang daripada 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P. Pusha manakala peguam A. Partheeban mewakili tertuduh.

Mahkamah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk serahan laporan kimia dan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan