Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan 3K DBKU 2023 di sini hari ini. Foto, TVS.

Penganjuran Program 3K DBKU perlu diteruskan

KUCHING, 21 Dis: Pertandingan Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan Contoh (3K) anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) perlu diteruskan sebagai salah satu langkah untuk menjaga kemampanan alam sekitar.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, pertandingan berkenaan juga kaedah strategik untuk mengubah mentaliti orang ramai supaya lebih peka terhadap keadaan sekeliling.

Jelasnya, walaupun sukar mengubah sikap manusia untuk menjaga alam sekitar, namun inisiatif dilaksanakan oleh DBKU merupakan permulaan yang baik.

“Mentaliti individu dan sistem pengurusan sampah yang baik merupakan dua komponen penting untuk menjaga alam sekitar serta mengelakkan pelepasan beberapa gas yang berbahaya.

“Semua pihak perlu sedar mengenai isu alam sekitar yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan 3K DBKU 2023 di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

Mengulas lanjut, Hazland berkata, masyarakat perlu mengambil maklum sistem pembuangan sampah yang betul.

“Sampah boleh mengeluarkan gas karbon dioksida dan satu lagi yang bahaya ialah menghasilkan gas metana,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan