Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto, TVS.

Sarawak umum langkah akan dilaksanakan ekoran peningkatan kes COVID-19 esok

ByDouglas Elliot

KUCHING, 20 Dis: Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mengumumkan mengenai perkembangan semasa COVID-19 di Sarawak esok.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pengumuman itu susulan keadaan wabak berkenaan yang semakin meningkat di Malaysia.

“Pengumuman esok ialah mengenai langkah yang kita akan ambil mengenai situasi semasa COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di sini malam ini.

Terdahulu pada Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun kes baharu COVID-19 di negara ini semakin meningkat.

Hari ini Dzulkefly mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara untuk suntikan dos penggalak.

Ujar beliau, orang ramai boleh mendapatkan senarai PPV menerusi aplikasi MySejahtera.

Jangkitan COVID-19 di Malaysia ketika ini menunjukkan peningkatan ketara apabila sebanyak 20,696 kes direkodkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 pada 10 hingga 16 Disember lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan