Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot ketika ditemui di IPD Limbang. Foto TVS

Polis Limbang tingkat rondaan semasa Krismas

LIMBANG, 20 Dis: Polis Limbang akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan bagi mengelak berlakunya aktiviti jenayah termasuk kecurian dan pecah rumah semasa sambutan perayaan Krismas ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, masyarakat setempat yang ingin bercuti bagi menyambut perayaan Krismas diminta supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, ia adalah bagi memudahkan pihaknya mengadakan rondaan di kawasan yang ditinggalkan.

“Sempena perayaan Krismas yang menjelang tiba, saya menasihatkan masyarakat sebelum meninggalkan rumah pastikan rumah dalam keadaan selamat dan berkunci. Jika meninggalkan rumah pastikan maklumkan kepada pihak kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk kami membuat rondaan ke rumah yang ditinggalkan,” katanya kepada media hari ini.

Jelasnya lagi, bagi pengguna jalan raya yang ingin balik kampung ketika musim cuti perayaan sekarang dinasihati agar memandu dengan lebih berhati-hati untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya juga menasihatkan kepada seluruh masyarakat semasa memandu kenderaan dan menunggang motosikal pastikan memandu dan menunggang dalam keadaan berhati-hati.

“Kami dari warga IPD Limbang mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2024,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan