Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

PM ucap tahniah kepada Abdel-Fattah Al-Sisi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah Al-Sisi kerana memenangi pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin.

“Bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada @AlsisiOfficial atas kemenangan beliau dalam pilihan raya sebagai Presiden Mesir. Semoga pencapaian ini mampu mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang dikongsi antara negara dan rakyat kedua-duanya,” kata Anwar dalam hantaran terkini beliau di laman X (Twitter).

Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan Mesir (NEA) pada Isnin mengumumkan bahawa penyandang Presiden iaitu Abdel-Fattah telah memenangi pilihan raya itu dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan