Trump disekat bertanding jawatan presiden – Mahkamah Colorado

LOS ANGELES, 20 Dis: Mahkamah Rayuan di Colorado hari ini memutuskan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak boleh bertanding pada undian utama presiden berikutan tindakannya dalam serangan ke atas Capitol pada 2021 yang menyebabkan dia hilang kelayakan.

Polis Limbang tingkat rondaan semasa Krismas

LIMBANG, 20 Dis: Polis Limbang akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan bagi mengelak berlakunya aktiviti jenayah termasuk kecurian dan pecah rumah semasa sambutan perayaan Krismas ini.

31 pegawai, anggota polis dibuang kerja

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Seramai 31 pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur dikenakan tindakan dibuang kerja atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Terjun jambatan selepas tetak ibu saudara

BUTTERWORTH, 20 Dis: Suspek yang menetak sehingga mati seorang wanita berusia 42 tahun dengan sebilah parang di Jalan Raja Uda di sini sebelum terjun dari Jambatan Pulau Pinang semalam, merupakan anak saudara mangsa.

MAQIS rampas 1,780kg daging lembu dari Australia

SEPANG, 20 Dis: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,780 kilogram (kg) daging lembu dari Australia bernilai kira-kira RM250,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Jumaat lepas, kerana maklumat sijil halal mengelirukan.

APMM rampas 670 set bubu naga di perairan Kedah

ALOR SETAR, 20 Dis: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kedah merampas 670 set bubu naga dianggar bernilai RM80,000 di beberapa lokasi di perairan Tanjung Dawai hingga Kuala Kedah.