Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan RM2 juta untuk membeli ubat antiviral Paxlovid bagi persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes COVID-19 di Sarawak. Foto Aziz Soleh (TVS)

COVID-19: Sarawak labur RM2 juta beli ubat antiviral Paxlovid

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 20 Dis: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk pembelian ubat antiviral Paxlovid, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini sebagai langkah bersiap siaga sekiranya berlaku kenaikan mendadak kes jangkitan COVID-19 di sini.

234 PPV sedia beri vaksin – KKM

“Saya telah berbincang dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, (keputusannya) kita akan menempah Paxlovid.

“Dahulu tiada Paxlovid, sekarang kita mempunyai stok ubat itu sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan buku The Life of Polycarp Sim Cheng Mong di sini hari ini.

Jangkitan COVID-19 di Malaysia ketika ini menunjukkan peningkatan ketara apabila sebanyak 20,696 kes direkodkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 pada 10 hingga 16 Disember lepas.

Mengulas lanjut mengenai Paxlovid, Abang Johari berkata, beliau difahamkan, individu yang dijangkitan virus berkenaan akan kembali pulih dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas mengambil ubat berkenaan.

Abang Johari berkata, ubat berkenaan akan disediakan di setiap fasiliti kesihatan seluruh Sarawak bagi memudahkan pesakit mendapat rawatan sewajarnya.

Mengulas mengenai garis panduan bagi sambutan Ambang Tahun Baharu 2024, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak akan mengikut arahan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 bakal diadakan di Tebingan Sungai Kuching pada malam 31 Disember kelak.

Acara akan dimeriahkan dengan perasmian tiang bendera tertinggi Malaysia, selain konsert yang menampilkan artis tanah air termasuk Datuk Amy Search, Datuk Zainal Abidin, Hael Husaini dan ramai lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan