Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APMM melalui Zon Maritim Kuala Kedah merampas 670 set bubu naga dianggar bernilai RM80,000. Gambar hiasan

APMM rampas 670 set bubu naga di perairan Kedah

ByBernama

ALOR SETAR, 20 Dis: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kedah merampas 670 set bubu naga dianggar bernilai RM80,000 di beberapa lokasi di perairan Tanjung Dawai hingga Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, rampasan berkenaan dilakukan dalam operasi khas selama dua hari pada Isnin dan semalam.

“Semasa rondaan di perairan berkenaan, Maritim Malaysia menemukan pelbagai taktik digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa termasuk mengubah lokasi semasa pemasangan bubu.

“Pelampung penanda yang mengelirukan turut digunakan seperti botol, bendera, pancang kayu, pelampung kecil, gabus dan tong minyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penggunaan beberapa alatan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) tidak berlesen dan tidak diluluskan turut dikesan dipasang pada bubu berkenaan.

Noor Azreyanti berkata, kesemua bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti melanggar undang-undang dan mengalu-alukan sebarang aduan serta melaporkan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan